Dunia
khon kaen united
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ difahamkan bakal meninggalkan kelab Thailand, Khon Kaen United. 

Pemain berusia 31 tahun itu tidak tersenarai dalam 29 pemain skuad Khon Kaen United bagi mengharungi pusingan kedua Thai League musim 2022/23.

Jika benar, ini bermakna bekas pemain kebangsaan itu hanya beraksi bersama kelab tersebut bagi pusingan pertama liga. Beliau telah beraksi sebanyak 6 perlawanan bersama Khon Kaen United. 

Advertisements
Khon kaen united Liridon Krasniqi Tidak Lagi Bersama Khon Kaen United?
Facebook: Khon Kaen United

Melihat status Transfermrkt, status pinjamannya akan tamat pada bulan Mei 2023. Adakah beliau akan kembali bersama skuad JDT semula musim ini? 

Walaupun perkara ini masih tidak dapat disahkan lagi, rakan media kami di Thailand mengesahkan bahawa Liridon Krasniqi tidak mendapat tempat selepas kehadiran jurulatih baharu dalam kelab tersebut. 

“Dia (Liridon Krasniqi) tidak beraksi selepas kehadiran jurulatih baharu. Ya, beliau bakal tinggalkan Khon Kaen,” kata rakan media dari Bangkok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram