Liridon Krasniqi Tinggalkan Khon Kaen, Kembali Rancakkan Liga Malaysia?
Dunia
FAM Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sah tinggalkan kelab Liga 1 Thailand, Khon Kaen United dan turut memberi gambaran bakal kembali rancakkan Liga Malaysia selepas ini. 

Perkara tersebut telah dikongsi di laman sosial Instagram milik beliau bersama satu foto dan ayat.

“Buat yang terbaik Khon Kaen United untuk baki saingan musim ini dan juga untuk masa hadapan. Terima kasih kepada penyokong dan pemain,”

Advertisements

Selepas menghantar kata-kata buat kelab lamanya Khon Kaen, Liridon turut membuat satu emoji dan pertanyaan ke mana beliau selepas ini. 

“Selamat pagi Malaysia. Destinasi seterusnya 2023?.”

Pertanyaan tersebut seolah-olah memberi gambaran Liridon akan kembali  merancakkan saingan Liga Malaysia.

Advertisements

Beliau yang baru-baru ini dikhabarkan tidak tersenarai dalam 29 pemain skuad Khon Kaen bagi menghadapi saingan kedua Liga Thailand sekaligus merekodkan sebanyak 6 perlawanan sahaja Liridon beraksi bersama kelab tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram