Advertisement
Live: KL City vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Malaysia
Live
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 menemukan antara KL City vs Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila masih kebal dalam aksi domestik musim ini.

Pasukan Ibu Kota bakal turun tanpa tiga tonggak utama iaitu Paulo Josue, Haqimi Azim dan juga Declan Lambert yang dipanggil memperkuat Harimau Malaya.

Pertemuan terbaru menyaksikan JDT berjaya melakar kemenangan bersih 3-0 ke atas KL City dengan keputusan 3-0 hasil ledakan hatrik Arif Aiman Hanapi.

Pengendalinya, Miroslav Kuljanac menyifatkan bertemu lawan seperti JDT memerlukan strategi terbaik terutamanya daripada aspek bertahan bagi mengelakkan mereka bolos lebih awal. 

Kuljanac tidak menafikan rembatan jauh yang sering kali dilakukan oleh JDT antara aspek yang menyukarkan pasukannya dan menuntut kerja keras anak buahnya apabila bakal menentang lawan sama sekali lagi.

“Saya harap pemain dapat bertahan dengan lebih baik sebab biasanya apabila berdepan JDT, memang memaksa kita untuk lebih bertahan.

“Ditambah dengan situasi yang tak dapat dielakkan seperti contoh tendangan dari jarak jauh dari JDT, kadang-kadang itu yang menghukum pasukan kita walaupun kita sudah berusaha untuk mengawal dalam kotak penalti.

Beliau memberi bayangan bahawa dua tonggak pertahanan utama pasukannya cedera dan perlu mengatur percaturan lain.

“Walau apa pun, saya masih memikirkan kesebelasan terbaik untuk malam esok disebabkan dua pemain kita bersama pasukan kebangsaan, Giancarlo (Gallifuoco) digantung perlawanan dan Nick Swirad pula cedera”, jelasnya.

Kesebelasan Utama KL City vs JDT

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung KL City vs JDT

Tarikh: 13 Disember 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam 
Venue: Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.