Aksi ketiga ASEAN Championship melibatkan pertemuan antara Thailand vs Malaysia.
Kapten Harimau Malaya, Syamer Kutty mahu memberikan yang terbaik sambil menafih sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong.
“Saya fikir sebagai penyokong, mereka berhak menyuarakan apa yang mereka rasa dalam dua aksi (Kumpulan A).
“Kita tahu dalam aksi sebelumnya, kita tidak menunjukkan persembahan yang bagus dan mereka berhak mengatakan mereka hilang harapan,” katanya.
Pengendali Thailand, Masatada Ishii mahu turun dengan pendekatan berbeza selepas tanpa tiga pemain utama di bahagian serangan.
“Ini aksi pertama kami (Thailand) di laman sendiri. Kami juga sudah memiliki 26 orang pemain iaitu skuad penuh bagi aksi ini (vs Malaysia) dan juga baki perlawanan.
“Dua pemain (Ekanit dan Supachok) lewat menyertai kem latihan pusat. Kita juga sudah menyediakan pelan yang berbeza tetapi kami tidak boleh memberitahunya. Kita sudah bersedia dengan sebarang situasi,” katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan hari ini.
Kesebelasan Utama Thailand vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia
Tarikh: 14 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.