Liverpool Terus Kukuh Di Persada Liga Inggeris
Dunia
Advertisements

Juara Kejuaraan Kelab Dunia FIFA, Liverpool terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas membenam pasukan Leicester dengan kemenangan 4-0 pada awal pagi tadi.

‘The Reds’ berjaya mengatasi pasukan Leicester menerusi hasil jaringan pendahuluan oleh pemain Brazil, Roberto Firmino pada minit ke 31.

Bersambung babak kedua, penguasaan Liverpool tampak agresif menerusi 3 jaringan. James Milner menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke 71 selepas bola terkena tangan pemain Leicester ketika sepakan sudut diambil.

Advertisements

Pada minit ke 74, Roberto Firmino sekali lagi berjaya menyumbat gol ketiga Liverpool hasil hantaran silang Trent Alexander Arnold di sebelah kanan yang gagal dihalang oleh pertahanan Leicester. Dua gol buat Firmino.

Leicester 0-4 Liverpool

Liverpool terus menambah gol yang keempat, kali ini menerusi Trent Alexander Arnold pada minit ke 78 hasil percubaannya di sebelah kanan yang gagal di tepis oleh penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel. Jaringan tersebut terus mengukuhkan penguasaan Liverpool.

Ironinya, Leicester hanya membuat 3 ‘shot’ tanpa sebarang percubaan yang tepat.

Advertisements

Kemenangan Liverpool ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pendahulu liga dengan 52 mata iaitu 12 mata jauh meninggalkan Leicester yang berada di tangga kedua yang mengutip 39 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram