Lim Teong Kim Mahu Syafiq Ahmad
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim menyatakan keinginannya untuk membawa Syafiq Ahmad sebagai salah seorang pemain tempatan yang terbaik ke dalam skuad Perak. 

Namun, beliau akui untuk membawa masuk pemain tempatan yang terbaik mempunyai banyak halangan dan ianya satu perkara yang sukar. 

“Kalau kamu boleh bawa semua pemain-pemain tempatan, saya akan ambil semua. Tetapi bukan senang nak ambil pemain-pemain tempatan yang baik kerana banyak kekangan yang kita lalui.

Advertisements

“Tetapi dari sekarang saya nak Syafiq Ahmad (yang pada mulanya dia menyebut salah nama iaitu Ahmad Shahrul Azhar),” kata LTK dalam sesi Sembang Akhir Perak FC di Facebook semalam. 

Lim Teong Kim dalam pada itu gembira dengan prestasi yang ditampilkan barisan pemain muda Perak yang menunjukkan disiplin tinggi ketika berlatih. 

“Saya boleh lihat bahawa ramai pemain-pemain muda mempunyai sikap yang baik. Tak ada masalah dengan bola sepak kerana saya boleh mengajar mereka. Itu adalah tugas saya untuk mengajar mereka bermain bola sepak.

Advertisements

Tambahnya, beliau kini tidak berdepan masalah untuk menerapkan falsafahnya ke dalam pasukan kerana mentaliti luar biasa yang ada pada pemain Perak. 

“Tidak ada masalah kerana mereka mempunyai mentaliti yang positif,” katanya yang turut dipetik daripada Flash Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram