Luahan Tunku Ismail Setelah Malaysia Belasah Vietnam 4-0
MakanBola
Malaysia NT

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberikan respon kepuasan saat Malaysia membelasah Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski turun dengan motivasi terbail setelah menerima kehadiran 5 tonggak warisan baharu dari Eropah.

Usaha itu membuahkan hasil apabila Malaysia menamatkan penantian 11 tahun untuk melakar kemenangan 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil ke atas Bintang Pahlawan Emas.

Usaha revolusi yang dicetuskan oleh DYAM Tunku Ismail mula menjadi bibit bibit manis apabila Harimau Malaya melakar kemenangan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

“Tahniah kepada barisan pemain dan jurulatih. Terima kasih atas sokongan semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah,” ujar Tunku Ismail menerusi satu hantaran media sosial.

Kemenangan ini memastikan Harimau Malaya pulang dengan tambahan +13.99 mata sekali gus melonjak ke kedudukan 126 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Malaysia kini mengumpul 6 mata hasil kemenangan di laman sendiri sebelum berkunjung ke Laos bagi aksi ketiga kumpulan.