Dunia
Advertisements

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski dilaporkan menyatakan minatnya untuk menyertai juara Liga Super Malaysia enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara yang pastinya membuatkan para peminat Harimau Selatan teruja itu disahkan sendiri oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa JDT akan membawa masuk pemain import yang berstatus pemenang Piala Dunia.

Advertisements
VK 1 Lukas Podolski Teruja Mahu Sertai JDT
Lukas Podolski dan Vissel Kobe

Tunku Ismail turut memberi respon pantas ketika ditanya mengenai Lukas Podolski, “Ya, Podolski ada menghubungi saya yang menyatakan minatnya untuk menyertai JDT. Dia akan datang ke sini (Johor Bahru) untuk proses perbincangan.”

”Tetapi kita tidak boleh buat keputusan lagi kerana kuota pemain import kita pun sudah penuh, mungkin perbincangan ini juga boleh menjurus kepada kerjasama yang lain,” ujar Tunku Ismail.

“Rezeki buat JDT kerana sebelum ini kami perlu memburu pemain, tetapi sekarang sudah berubah kerana pemain pula yang mencari kami untuk menyertai pasukan,” tambah Tunku Ismail lagi.

Advertisements

Pada masa yang sama, Tunku Ismail turut mendedahkan dua bekas pemain bola sepak terkenal dunia, Marco Materazzi dan Luis Figo juga kini dalam perbincangan untuk menjadi pemegang saham JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram