fbpx

Tidak Lokek Senyuman, Luqman Hakim Luang Masa Beramah Mesra Bersama Peminat

Instagram: @kv_kortrijk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain muda negara yang berkelana di Belgium, Luqman Hakim Samsudin dilihat sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan dan suasana di Eropah.

Baru-baru ini, beliau dilihat turut meluangkan masa bersama rakan sepasukannya untuk beramah mesra dalam sesi bertemu dengan para peminat.

Menurut gambar yang dimuat naik oleh laman rasmi kelabnya di Instagram @kvkortrijk, rata-rata para peminat yang hadir sedang mendapatkan tandatangan para pemain kelab tersebut.

Hal ini tidak terlepas daripada pemain berusia 19 tahun itu apabila beliau juga didatangi oleh para peminat yang ingin mendapatkan tandatangannya.

luqman beramah mesra Tidak Lokek Senyuman, Luqman Hakim Luang Masa Beramah Mesra Bersama Peminat
Photo: @kvk_kortrijk

Luqman dilihat menyantuni mereka dengan sangat baik malah tidak lekang dengan senyuman manis di bibirnya ketika sesi tersebut berlangsung.

Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini turut memberikan perkhabaran baik buat para peminat di tanah air apabila beliau berjaya membuat penampilan dalam kesebelasan utama KV Kortrijk bawah 21 tahun baru-baru ini.

Ini sekaligus memberi petanda positif buat prospek muda negara ini tatkala beliau turut dipanggil bagi mengetuai cabaran negara bersama skuad bawah 20 tahun kendalian Brad Maloney.

© MakanBola Media – All Rights Reserved