Advertisement
Luqman Hakim Cemerlang Bantu Kemenangan Dramatik Njardvik Tewaskan Augnablik
Eropah
MakanBola
Njardvik

Luqman Hakim Shamsudin berjaya membantu pasukannya mencatat kemenangan bergaya dalam perlawanan hari ini.

Luqman diberi kepercayaan oleh pengendali pasukan untuk turun mengetuai jentera serangan pasukan Njardvik.

Aksi Piala Bolasepak Iceland yang melibatkan pertembungan antara pasukan Njardvik menentang Augnablik berlangsung di Stadium Fifan, Iceland.

Njardvik pada babak pertama perlawanan berjaya bangkit daripada ketinggalan setelah pasukan lawan memecah kebuntuan pada minit ke-13 permainan. Barisan serangan Njardvik tak mudah mengalah dan akhirnya berjaya meledak dua gol menerusi R. Viktor dan K. Hogg sebelum tamat separuh masa pertama.

Separuh masa pertama tamat dengan Njardvik mendahului perlawanan, 2-1.

Bersambung babak kedua permainan, Njardvik meneruskan rentak cemerlang untuk mencari gol tambahan.

Jaringan ketiga Njardvik telah menambah derita pasukan tuan rumah pada minit ke-73 permainan, sekali lagi menerusi Rafael Viktor.

Augnablik cuba bangkit dan berjaya meledak pada masa tamabahan, bagaimanapun tetap gagal menyamakan kedudukan.

Luqman Hakim cemerlang beraksi dalam penampilan pertamanya bersama Njadvik apabila bermain selama 60 minit permainan. Beliau turut berjaya mencatat satu bantuan jaringan dalam perlawanan ini.

Njardvik mencatat kemenangan bergaya 3-2 mengatasi Augnablik sekaligus melayakkan diri ke pusingan ketiga Piala Bolasepak Iceland.