Luqman Hakim Dijangka Akan Dilepaskan Ke Kelab Lain Secara Pinjaman
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa peminat bola sepak Malaysia menyatakan pendapat bahawa penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin perlu kembali ke Liga Malaysia untuk mendapatkan lebih minit permainan.

Namun berbeza dengan bekas Pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim kerana beliau mencadangkan agar Luqman Hakim untuk terus kekal di Belgium.

Menurut wartawan bebas, Amin Fuad, beliau berpendapat bahawa Luqman Hakim mengalami situasi yang agak sukar sejak kehadirannya di sana. Jika dilihat dari sudut saiz fizikal, Luqman mengalami peningkatan yang ketara.

Advertisements

Dalam satu ciapan wartawan bebas itu, kemungkinan besar Luqman Hakim bakal dipinjamkan ke kelab lain untuk lebih mendapat ‘game time‘ yang lebih baik berbanding ketika ini.

Ramai peminat mahukan penyerang muda itu meningkatkan prestasinya di atas padang oleh kerana aksinya bersama skuad kebanggsaan kurang memuaskan. Namun, terdapat beberapa peningkatan yang beliau tonjolkan.

Difahamkan, Luqman Hakim terpaksa terlepas beberapa bulan bersama KV Kotrijk kerana panggilan skuad kebangsaan.

Advertisements

Pemain in baru saja berusia 20 tahun dan masih lagi mempunyai banyak masa untuk mempertingkatkan mutu permainan serta kematangannya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram