Tak Sia-Sia Pan-gon Masukkan Luqman Hakim, Malaysia Menyerang Tak Henti
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Malaysia menamatkan perlawanan persahabatan kedua semalam dengan menyaksikan pasukan negara tewas kepada jiran seberang tambak, Singapura dengan keputusan 2-1 namun khidmat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mencuri tumpuan.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan ia merupakan kekalahan pertama yang direkodkan di Stadium Nasional Kallang sejak tewas kali terakhir pada tahun 2007.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa aspek positif yang boleh dikenal pasti terutamanya menerusi beberapa orang pemain gantian yang dilihat berjaya mencetuskan impak yang dimahukan oleh Pan-gon.

Advertisements

Walaupun dalam perlawanan malam semalam, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi jelas lebih mencuri tumpuan apabila beliau menjaringkan gol tunggal negara.

Pemain yang mesra disapa Mat Don ini masuk sebagai pemain gantian untuk mengubah nasib pasukan jelas memainkan peranan yang cukup baik.

Namun begitu, kemasukan penyerang muda KV Kortrijk ini juga jelas memperlihatkan bahawa baisan serangan negara lebih agresif untuk terus menekan barisan pertahanan Singapura.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain berusia 20 tahun itu jelas beraksi dengan penuh keyakinan sungguhpun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dan menentang lawan yang lebih menggunakan kekuatan fizikal.

Detik terbaik buat anak kelahiran Kota Bharu ini hadir apabila beliau tidak dikawal dengan rapi di bahagian kiri sebelum berjaya memperdaya barisan pertahanan kental Singapura.

Luqman dilihat tidak mempunyai banyak pilihan dan hanya mampu untuk melakukan rembatan dari sudut yag sukar namun kecekapan Hasan Sunny menafikan percubaan tersebut.

Advertisements

Tidak terhenti di situ, beliau terus menggandakan usahanya untuk melakukan serangan namun kekebalan pertahanan Singapura telah menutup peluangnya dalam perlawanan tersebut.

Kemasukan Luqman jelas membawa kepantasan dalam corak permainan pasukan ditambah pula dengan gandingan dua pemain sayap lincah, Faisal Halim dan juga Arif Aiman jelas memberi impak yang cukup besar.

Malaysia bakal menentang Albirex Nigata pada Isnin ini untuk melengkapkan siri perlawanan persahabatan di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram