Luqman Hakim Bakal Dipinjamkan Ke FK Sarajevo
Dunia
Luqmansham10
Advertisements

Penyerang pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dikhabarkan bakal dilepaskan secara pinjaman ke kelab lain dalam usaha untuk mendapatkan minit permainan yang lebih lagi.

Kemas kini: Luqman Hakim menghubungi MakanBola dan menafikan khabar angin ini.

Pemain berusia 20 tahun itu sudah pun memasuki tahun ketiganya bersama kelab yang berpangkalan di Belgium itu namun masih gagal untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, demi memastikan perjalanan kariernya berlangsung dengan baik di sana, pihak kelab dan juga ejennya sedia mempertimbangkan untuk meminjamkan Luqman ke kelab lain.

‘Perancangan untuk Luqman dipinjamkan ke pasukan lain memang ada dan Luqman sendiri tahu mengenai perkara ini.’

‘Pihak KV Kortrijk dan ejen Luqman sedang berbincang mengenai hal ini. Tapi ia terpulang kepada Luqman untuk terima atau tidak.’

Advertisements

Luqman Hakim dilaporkan bakal dipinjamkan keluar selain beberapa pilihan juga sudah pun dipertimbangkan.

Antara pilihan yang diberitahu ialah Liga Kedua Belgium dan juga Liga Perdana Bosnia bersama FK Sarajevo.

Pasukan yang berpangkalan di Bosnia itu merupakan antara salah sebuah pasukan gergasi di sana.

Advertisements

Prestasi pasukan yang cukup memberangsangkan pada musim ini apabila mereka menghuni tangga keempat liga ketika ini selepas 25 perlawanan.

Kemasukan Luqman juga dilihat mampu untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan yang sudah pun menjaringkan 34 gol musim ini.

Hal ini bagi memastikan Luqman dapat meneruskan kelangsungan kariernya di sana selain memperoleh minit permainan yang mencukupi.

Advertisements

‘Pihak kelab cukup mengambil berat tentang perkembangan Luqman dan dia dia menunjukkan peningkatan sangat banyak bersama KV Kortrijk,’ -kata sumber itu kepada Arena Metro.

Sungguhpun begitu, peluang untuk Luqman beraksi di bersama pasukan utama kekal sukar kerana terpaksa bersaing dengan bakat-bakat yang hebat di sana.

“Mungkin dengan bermain di divisyen kedua atau di Bosnia, peluang untuk Luqman beraksi dalam perlawanan lebih cerah selepas ini,” katanya.

Beliau yang sudah pun menjaringkan 2 gol bersama pasukan bawah 21 tahun di Belgium sudah pasti sedang mempertimbangkan keputusan untuk dipinjamkan demi meraih minit permainan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram