Luqman Hakim Bakal Ketuai Jentera Serangan Menentang Singapura?
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dijangka bakal membuat penampilan dalam perlawanan menentang Singapura malam ini.

Pemain yang berkelana di bumi Belgium bersama KV Kortrijk ini dikatakan bakal membuat kemunculan selepas jurulatih pasukan, Kim Pan-gon mahu memberi kepercayaan kepada semua pemain.

Bukan itu sahaja, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini telah memberitahu bahawa fokus utama beliau adalah untuk melihat tahap kemampuan para pemain untuk menerapkan pelan dan taktikal yang telah direncanakan dalam sesi latihan.

Advertisements

Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa perlawanan seperti ini bakal menjadi tumpuan kerana ia melibatkan pertembungan antara negara jiran, beliau kekal dengan pendirian untuk memberi peluang kepada para pemain.

‘Tetapi yang paling mustahak sekarang adalah untuk membina pasukan. Kita masih mempunyai masa sebelum kelayakan Piala Asia 2023 dan selepas itu Piala AFF.’

‘Jadi apa yang kita perlu buat sekarang adalah membina asas yang teguh. Kita perlu lebih mengenali para pemain dalam situasi perlawanan sebenar,’ -Jelas Pan-gon dalam satu temubual.

Advertisements

Beliau dalam masa yang sama mahu merencanakan pelan yang ampuh bagi memastikan pasukan negara dapat mengatasi kekuatan Singapura yang masih bermotivasi tinggi.

Oleh yang demikian, Luqman dijangka bakal diberi peluang untuk beraksi sama ada dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian.

Ini juga melihatkan kemampuan penyerang muda ini untuk terus mendapat kepercayaan Pan-gon untuk dibawa ke Kelayakan Piala Asia Jun nanti.

Advertisements

Luqman sedang dalam motivasi terbaik selepas memperoleh 74 minit berharga ketika beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini yang beraksi cemerlang bersama pasukan kebangsaan pada edisi Piala AFF tahun lalu sudah pasti mahu mengukuhkan posisinya dalam sistem Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram