Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 26 pemain skuad B-23 kebangsaan yang dipanggil ke kem latihan pusat.
Pengendali B-23 negara, E. Elavarasan mengekalkan seramai 15 pemain yang membantu kem negara di kejohanan Sukan SEA tempoh hari dan memanggil beberapa muka baharu iaitu Abu Khalil, Aiman Farhan dan Hariz Mansor.
Dua bintang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Rahadiazli Rahalim kembali menyertai skuad Harimau Muda untuk perkuat pasukan.
Bagi skuad kali ini, seramai 5 pemain daripada pasukan Selangor, 4 pemain daripada JDT II, Terengganu dan Kedah, 3 daripada KL City, 2 pemain daripada Penang dan seorang pemain daripada Njardvik, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Kem latihan kali ini sebagai persediaan buat anak buah E. Elavarasan ke kejohanan Piala AFF B-23 kelak
Malaysia bakal berdepan Indonesia B-23 pada 18 Ogos sebelum menentang Timor-Leste pada 22 Ogos di Chonburi, Thailand.
Juara kumpulan (3 pasukan) dan naib juara kumpulan terbaik (1 pasukan) layak ke pusingan separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023.