“Luqman Hakim Masih Mempunyai Peluang” – Elavarasan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan menyatakan bahawa penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin masih mempunyai peluang untuk terus beraksi bersama skuad kebangsaan bagi kem latihan pusat seterusnya nanti.

Difahamkan, pemain muda KV Kortjtrik itu tidak akan beraksi dalam saingan Piala AFF Mitshibushi kali ini kerana pihak kelab tidak mahu melepaskannya kerana tiada dalam kalender FIFA.  

“Kita memang mahu memanggil Luqman untuk bersama skuad B-23 tetapi pasukan tidak mahu melepaskannya atas alasan masih ada aksi kompetitif yang perlu diharungi.

Advertisements

“Malah, skuad senior (Harimau Malaya) juga ada membuat permintaan untuk mendapatkan khidmat Luqman, tetapi tidak kesampaian. Jadi kita akan tunggu dan lihat bagaimana peluang Luqman untuk bersama kami pada kem latihan pusat seterusnya,” katanya kepada Berita Harian.  

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pemain muda akan diserap masuk ke skuad senior untuk memberi pendedahan awal buat mereka. 

“Mungkin ada satu atau dua lagi pemain akan menyertai skuad senior pada masa akan datang sebagai pendedahan,” katanya.

Advertisements

Skuad B-23 kebangsaan akan menghadapi beberapa siri kejohanan antaranya Piala AFF B-23, Sukan Sea 2023 di Kemboja, Sukan Asia 2023 di China, Kelayakan Piala Asia dan Sukan Olimpik 2024.

Di masa akan datang, kejohanan seperti yang dinyatakan adalah mengikut kalendar FIFA dan mungkin Luqman Hakim akan dapat pelepasan oleh kelabnya untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram