Luqman Hakim Panaskan Bangku Simpanan Dalam Perlawanan Terakhir Liga
Dunia
Luqmansham_10
Advertisements

Aksi terakhir saingan Belgian Pro League hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan KV Kortrjik menentang pasukan RSC Anderletch.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Guldensporen, Kortrijk telah berakhir dengan kemenangan buat pasukan pelawat dengan keputusan KV Kortrjik 2-3 RSC Anderletch.

Penyerang muda KV Kortrjik, Luqman Hakim Shamsudin telah terpilih untuk berada dalam skuad utama pasukan bagi aksi kali ini. Namun Luqman tidak diturunkan sepanjang 90 minit aksi permainan dan beliau hanya mengisi bangku simpanan.

Advertisements

Bagaimanapun ini merupakan satu tanda yang positif apabila Luqman berjaya merebut tempat untuk masuk ke dalam skuad utama. Barangkali permulaan ini bakal membuka mata pengendali KV Kortrjik, Luka Elsner untuk menagih khidmat Luqman bagi saingan liga musim depan.

Untuk rekod, Luqman sebelum ini banyak mencatatkan minit permainan bersama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrjik. Setakat ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak dua gol secara keseluruhannya buat pasukan U21 KV Kortrjik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram