Luqman Hakim Terlalu Semangat Ke Latihan Sampai Tak Perasan Seluarnya Terbalik
Dunia
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin kelihatan begitu teruja ketika bersama latihan pusat skuad kebangsaan sehingga tidak menyangka bahawa seluar yang dipakainya itu terbalik.

Pemain KV Kortrijk berusia 20 tahun berjaya mencuri perhatian rakan sepasukan apabila beliau tidak sengaja memakai seluar dalam keadaan tersebut.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di Instagram Story pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim, beliau bersama rakan-rakan sedang menuju ke latihan pasukan.

Luqman terbukti semenangnya seorang yang sangat komited dan fokus apabila tidak menghiraukan sekeliling sebelum beliau menyedari rakaman tersebut setelah hairan dengan tindakan rakan sepasukannya itu.

Advertisements

Faisal akhirnya tidak dapat menahan ketawanya setelah salah seorang rakan sepasukan memberitahu Luqman bahawa beliau sedang memakai seluar dalam keadaan terbalik.

Beliau yang menyedari kejadian tersebut kelihatan malu-malu apabila bertindak untuk menutup belakang seluarnya agar tidak kelihatan seperti terbalik.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Singapura sebelum bertemu pasukan Liga Singapura Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.

Pemain yang melaporkan diri dijadual berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil selama lapan hari sebelum berlepas ke Singapura pada 22 Mac ini.

Advertisements

News Comments Account