Biar Badai Melanda, Luqman Hakim Tetap Berikan Segalanya Buat Negara Tercinta
Dunia
Goal.com
Advertisements

Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan pasukan kebangsaan untuk menabur bakti bersama negara tercinta.

Pemain yang berkelana di KV Kortrijk itu berada dalam senarai akhir 31 orang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara.

Persiapan ini juga bagi memastikan bahawa pasukan dalam keadaan yang baik selain membentuk percaturan mengikut acuan Brad.

Advertisements

Walau bagaimanapun, perhatian terus tertumpu kepada nama Luqman Hakim selain khidmat seorang lagi penyerang muda, Hadi Fayyadh juga berada dalam senarai.

Secara hakikatnya, Luqman sedang mula menapak dan mendapat rentak bersama pasukan selepas beberapa kali mendapat peluang untuk beraksi.

Terbaru, beliau berjaya memperoleh minit permainan dalam beberapa perlawanan bersama pasukan bawah 21 tahun di sana.

Advertisements

Malah, penyerang kelahiran Kota Bharu ini sudah pun menjaringkan dua gol juga ketika bersama pasukan muda KV Kortrijk.

Kini, kehadiran beliau ke dalam skuad muda negara sudah pasti menjadi tonik tambahan dalam usaha untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan.

Pengalaman dan kematangan yang diperolehinya setelah berkelana hampir 3 tahun di bumi Belgium sudah tentu mahu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Advertisements

Perubahan ketara dari aspek fizikalnya juga dilihat sebagai salah satu pencapaian yang baik semasa mengembangkan kariernya di sana.

Pasukan negara diundi bersama pemenang pingat emas sebanyak 16 kali iaitu Thailand, Kemboja, Singapura dan juga Laos.

Kali terakhir skuad kebangsaan berjaya memenangi pingat dalam acara bola sepak temasya Sukan Sea ialah pada edisi 2017 apabila terpaksa berpuas hati tewas 1-0 kepada Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram