Luqman Hakim Tinggalkan KV Kortrijk?
Eropah
KV Kortrijk Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sah tidak kekal di KV Kortrijk, dikatakan ada kelab baharu mahu dapatkan khidmat beliau. 

Menurut sumber daripada Pengarah Bukan Eksekutif, Amin Fuad menerusi laman sosial Twitter miliknya difahamkan kelab itu akan mengumumkan kelab baharu Luqman minggu hadapan.

Sebelum ini pemain berusia 20 tahun itu berada dalam senarai akhir 19 orang pemain yang akan bersama skuad kendalian Bernd Storck mengharungi aksi suku akhir Piala Croky hujung tahun lepas.

Advertisements

Perkembangan terbaharu ini semestinya memberi khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) terus menyinar di bumi Eropah.

Luqman yang mula beraksi bersama KV Kortrijk pada musim 2020 semakin menyerlah bersama skuad B-21 kelab itu, tatkala sering diturunkan dalam kesebelasan utama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram