Magis Harry Maguire Ditagih England Di Piala Dunia
Dunia
MakanBola
Harrymaguire93
Advertisements

Bintang sensasi Manchester United, Harry Maguire tersenarai dalam skuad England menjelang aksi Piala Dunia Qatar 2022.

Walaupun tidak banyak beraksi, beliau tetap membuktikan kemampuannya untuk berada dalam perancangan pasukan selepas berhempas pulas mendapatkan kepercayaan jurulatih.

Advertisements

Sebelum ini, Maguire juga antara bahagian penting pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia pada tahun 2018 dan dipanggil dalam pasukan selepas England berjaya mara ke perlawanan akhir Euro 2020.

Pemain berusia 29 tahun itu pernah dikritik hebat susulan beberapa persembahannya bersama United dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Menurut sumber yang didapati, Maguire bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan pembukaaan Piala Dunia menentang Iran pada 21 November.

Advertisements

Sebagai rekod, Maguire pernah beraksi bersama England sebanyak 48 kali sejak muncul membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa pada 2017.

News Comments Account