Seorang lagi pemain warisan Malaysia dikesan beraksi untuk sebuah pasukan akademi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain yang dimaksudkan ialah pemain muda Bournemouth, Jared Deverill-West. Deverill-West ketika ini mewakili skuad The Cherries Bawah 13 Tahun (B-13).

Harimau Abroad berkongsi imej beliau beraksi dalam satu perlawanan baru-baru ini. “Jared Deverill-West ketika beraksi untuk Bournemouth B-13,” katanya di X.
Mengikut maklumat Diaspora Ballers, Deverill-West selalu beraksi di posisi bek kiri. Pada masa sama, dia juga berkebolehan beraksi di mana-mana posisi di bahagian tengah termasuk sayap.
Deverill-West sudah beraksi dalam skuad akademi Bournemouth sejak pasukan B-9. Dia memiliki darah warisan Malaysia menerusi neneknya yang dilahirkan di Kuala Lumpur.
Deverill-West menyertai senarai pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di England. Antaranya Brandon dan Reiss Khela, Liam Baker, Kobe Chong dan Eddie Fox.


