Malaysia Catat 70% Kemenangan Sejak Dibimbing Kim Pan-gon
MakanBola
Pan-gon
Sponsors

Selepas Malaysia mendapat sentuhan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon pada 2022, kemajuan prestasi skuad negara amat memberangsangkan.

Malaysia bukan saja berjaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 di bawah bimbingan Pan-gon. Malah, Harimau Malaya telah merekodkan kemenangan sebanyak 70% atau 19 daripada 27 perlawanan sejak 2022.

Ad
Sponsors

Peratusan ini didedahkan oleh akaun X HarimauMYstats semalam. Peratusan ini tidak termasuk keputusan perlawanan persahabatan Malaysia-Syria yang berlangsung pada 8 Januari lalu yang berkesudahan seri 2-2.

Ad

Peratusan ini jauh mengatasi rekod kemenangan sebanyak 50% yang dipegang jurulatih skuad negara sebelumnya, Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe yang melatih Harimau Malaya dari 2017 hingga awal tahun 2022 hanya merekodkan 20 kemenangan daripada 40 perlawanan antarabangsa.

Ad

Selain peratusan kemenangan yang tinggi, skuad negara turut mencipta kejutan ke atas lawan yang menduduki ranking FIFA yang lebih tinggi.

Ad

Antara pasukan yang sudah merasa penangan Harimau Malaya ialah Turkmenistan, India dan Kyrgyzstan.

Ad

Selain itu, skuad negara juga berjaya merantai dua pasukan yang memiliki ranking FIFA yang lebih tinggi iaitu China dan Syria pada September 2023.

Satu-satunya jurulatih negara yang memiliki rekod lebih baik daripada Pan-gon dari segi peratusan kemenangan ialah jurulatih England, Trevor Hartley.

Hartley yang membimbing skuad negara dari 1989 hingga 1990 memiliki rekod 75% kemenangan dengan enam kemenangan daripada lapan perlawanan.

Selain peratusan kemenangan yang tinggi, beliau turut membantu skuad negara meraih pingat emas acara bola sepak dalam Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Harimau Malaya berharap dapat memulakan kempen Kumpulan E dengan positif. Mereka bakal turun menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub.