Ads
Malaysia Diikat Skuad Muda Kemboja
Harimau Malaya
FA Malaysia

Skuad B-19 negara diikat pasukan Kemboja dalam satu aksi persahabatan yang dijadual berlangsung hari ini.

Advertisements

Skuad kendalian Juan Torres Gorrido melayan kunjungan Kemboja dalam perlawanan secara tertutup di Stadium UITM, Shah Alam. Babak pertama perlawanan menyaksikan Kemboja mendahului Malaysia dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Seawal minit ketujuh permainan, Kemboja membuka akaun jaringan menerusi Lim Tucca Thong. Sepakan penalti yang diambil Lim gagal diselamatkan penjaga gol negara sekaligus menyumbang gol pertama buat Kemboja.

Advertisements
Advertisements

Malaysia pada minit ke-37 permainan kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Ridzwan sebelum penyerang Kemboja, Phoeuk Thatthai kembali meletakkan Kemboja dihadapan pada babak separuh masa pertama.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Malaysia terus melancarkan beberapa siri serangan untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Advertisements

Pada minit ke-63 permainan, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Malaysia. Kapten skuad B-19 negara, Haykal Danish tenang menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus mengikat keputusan perlawanan sehingga tamat permainan.

Aksi tertutup yang berlangsung di Stadium UITM Shah Alam itu menyaksikan Malaysia B-19 seri kepada Kemboja B-19 dengan keputusan 2-2.

Skuad muda negara kini sedang dalam persiapan rapi menjelang kempen Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 yang bakal berlangsung di Surabaya, Indonesia bermula 17 Julai kelak.

Advertisements

Malaysia yang diundi dalam saingan Kumpulan C akan memulakan kempen berdepan Brunei pada 19 Julai seterusnya berdepan Singapura sementara aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand pada 25 Julai kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram