Juan Torres Hargai Tunku Ismail & JDT Beri 3 Pemain Penting Buat Malaysia B-19
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia/Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali skuad Malaysia B-19 tahun, Juan Torres Garrido mengucapkan terima kasih buat Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kesudian meminjamkan 3 pemain untuk bersama skuadnya.

Beliau yang ditemui ketika hari pertama sesi latihan skuad bawah 19 tahun kebangsaan berkata, barisan pemain yang dipanggil kali ini adalah yang terbaik dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh JDT dan DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Advertisements

”Sekarang ini apa yang boleh saya katakan kami memiliki skuad yang terbaik, kami perlu mengucapkan terima kasih terutamanya buat JDT dan DYAM Tunku Ismail kerana sudi memberikan kita 3 orang pemain mereka,” ujarnya ketika ditemui di UM Arena.

Tidak dilupakan juga, Juan Torres turut menghargai usaha kelab-kelab lain seperti Selangor, Terengganu, Akademi Mohktar Dahari (AMD) dan Sabah yang membantu dengan melepaskan pemain untuk bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

”Kami amat menghargainya termasuklah Selangor yang juga menyumbang pemain dan terbuka (untuk membantu), Terengganu turut ada pemain mereka begitu juga dengan AMD. Kami juga memanggil pemain dari pasukan negeri seperti Sabah,” tambahnya lagi.

Oleh itu, beliau yang turut memegang peranan sebagai pengendali skuad B-23 negaea merasakan ini adalah pasukan terbaik yang dimilikinya dan bersedia untuk berdepan cabaran yang getir dari lawan nanti.

Advertisements

“Ini semua sangat penting bagi kami untuk mendapatkan para pemain yang terbaik, dan buat masa ini, kami boleh menjangkakan skuad ini adalah yang terbaik untuk dimiliki,” komen jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

“Jadi kami akan berdepan cabaran yang bagus tak kira sama ada pasukan di kumpulan C atau lawan di peringkat separuh akhir dan final nanti.”

Advertisements

Terdahulu, daripada senarai 28 pemain yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), para pemain dari JDT dan Selangor jelas mendominasi senarai panggilan ke latihan kebangsaan kali ini.

Skuad bawah 19 tahun negara kini sedang giat menjalani persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia bermula 17 Julai hingga 29 Julai ini sebelum turun dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-19 pada September hadapan.

Advertisements

Bagi kempen Kejuaraan B-19 ASEAN nanti, skuad negara akan membuka tirai aksi bagi kumpulan C berdepan Brunei pada 19 Julai dan Singapura tiga hari kemudian sebelum menutup peringkat kumpulan berdepan Thailand pada 25 Julai.

News Comments Account