Hasrat Malaysia meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian selepas tewas 2-1 kepada Singapura di Stadium Nasional Singapura.
Dua jaringan Singapura dihasilkan oleh Ikhsan Fandi yang kini turut menyinar di BG Pathum United di Liga Thai 1.
Singapura berjaya memperoleh jaringan pertama perlawanan menerusi satu serangan balas disudahkan Ikhsan Fandi pada minit ke-30 .
Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-47 selepas dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disudahkan Safawi Rasid.
Liridon Krasniqi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi satu serangan balas pantas Malaysia.
Singapura walaubagaimanapun berjaya menjaringkan gol ke-2 pasukan menerusi gerakan solo cantik Ikhsan Fandi.
Malaysia yang tertekan mencari jaringan penyamaan mula membuat asakam bertali arus namun gagal memperoleh sebarang jaringan tambahan.
Perlawanan berkesudahan dengan Singapura berjaya menewaskan Malaysia 2-1.