Malaysia Miliki Pemain Terbaik Disetiap Posisi – Yeyen Tumena

November 19, 2019

Timnas Indonesia bersedia berhadapan Malaysia dan bercita-cita untuk meraih mata pertama dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Jurulatih sementara Timnas Indonesia, Yeyen Tumena mengatakan bahawa pasukannya dalam kondisi yang baik dan memiliki moral yang yang seimbang selepas tewas semua perlawanan peringkat kumpulan (selepas 4 perlawanan).

“Kami melakukan banyak pemulihan agar pasukan bangkit dari empat perlawanan sebelum ini. Perlawanan ini bakal jadi momentum agar kami meraih kemenangan,” kata Yeyen.

Menjelang perlawanan ini, Indonesia datang lebih awal ke Malaysia. Skuad Garuda telah tiba di Kuala Lumpur sejak 12 November 2019. Dengan kondisi seperti ini, Indonesia punya cukup waktu persediaan kerana Indonesia datang lebih awal.

Sidang media di Kuala Lumpur. Foto / PSSI.org

Yeyen menambahkan Malaysia merupakan pasukan yang bagus. Lagi-lagi Malaysia baru saja menewaskan pasukan yang kuat, Thailand dengan skor 2-1 beberapa hari lalu. Namun meski begitu ia optimis anak asuhnya dapat mengekang kekuatan Malaysia.

“Dari hasil yang kita lihat di pertandingan yang di Jakarta dan pertandingan kelmarin Malaysia melawan Thailand, Malaysia bermain dengan sangat ringkas, bermain dengan sangat baik. Di dua pertandingan bahkan kalau kita lihat bermain secara berpasukan. Buat kami siapapun pemain yang akan datang ke pertahanan kami itu adalah pemain yang berbahaya. Jadi kita tidak mengkhususkan harus menjaga siapa dan segala macam, tapi buat kami siapapun pemain dari Malaysia adalah pemain terbaik yang dimiliki oleh Malaysia,” jelasnya.

Pada perlawanan leg pertama Indonesia kalah 2-3 di Stadion Gelora Bung Karno, 5 September lalu. Selain itu, Indonesia juga tewas dengan Thailand (0-3), United Arab Emirates (0-5), dan Vietnam (1-3).

Perlawanan Malaysia – Indonesia ini bakal menyaksikan hampir 90,000 penonton hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
136 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

Terbaru