Malaysia Tersenarai Antara Pasukan Terbaik Dunia Perbaiki Ranking FIFA
Dunia
FIFA
Advertisements

Malaysia tersenarai sebagai antara pasukan terbaik dunia yang berjaya memperbaiki ranking FIFA. Perkara ini dikongsikan FIFA dalam satu hantaran di laman rasmi Instagram badan bola sepak dunia tersebut, hari ini.

Selepas kecemerlangan Malaysia pada kempen kelayakan Piala Asia dan perlawanan persahabatan yang lalu, Malaysia telah berjaya melonjak naik sebanyak 7 anak tangga.

Kejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon menewaskan pasukan Brunei, Hong Kong, Bangladesh serta Turkmenistan telah meletakkan Malaysia kini di ranking 147 dunia. 

Advertisements

Malaysia mendapat gelaran The Biggest Climbers bersama tiga negara lain, iaitu Greece, Cuba dan Kazakhtan. 

Greece telah melonjak sebanyak 7 tangga (48), Cuba 10 tangga (167), Kazakhtan 11 tangga (114) dan Malaysia 7 tangga (147).

Konsistensi kecemerlangan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon harus diteruskan pada kejohanan mendatang dalam usaha Malaysia melonjak ke kedudukan 100 terbaik dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram