Malaysia Tewaskan Hong Kong Di Bukit Jalil
Dunia
famalaysia
Advertisements

Perlawanan persahabatan hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Hong Kong yang berkesudahan dengan jaringan 2-0. 

Pasukan kebanggsaan pamer permulaan yang baik selepas seawal 10 minit permainan sudah ada gerakan-gerakan berbahaya menerusi pemain sayap iaitu Akhyar Rashid dan Arif Aiman. 

Pemain bernilai 2019, Safawi Rasid hampir menjadi penjaring gol pembukaan buat Malaysia selepas sepakan percumanya berjaya diselamatkan penjaga gol Hong Kong. 

Advertisements

Pada minit ke-31, Safawi Rasid akhirnya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti selepas gerakan lincah Akhyar Rasid menyebabkan beliau menerima terjahan dalam kotak penalti. 

Separuh masa pertama tamat Malaysia 1-0 Hong Kong.

Advertisements

Pada minit ke-52 permainan, Akhyar Rasid berjaya melepasi penjaga gol Hong Kong. Namun, sepakan kaki kirinya tersasar kerana tidak berada dalam keadaan selesa untuk melakukan rembatan ketika itu. 

Selang 10 minit permainan, Hong Kong mempunyai satu peluang menerusi pemain no 8, Chan Siu namun sepakanya di luar kotak penalti tersasar tinggi.

Advertisements

Pertukaran yang dibuat oleh Kim Pan-gin iaitu dengan memasukkan Faisal Halim dan Sumareh berjaya menambah derita barisan pertahanan Hong Kong sepanjang 10 minit sebelum tamat permainan. 

Pada minit ke-90 permainan, Safiq Rahim berjaya menghadiahkan gol kedua buat Malaysia selepas sepakan percumanya terbias lalu gagal diselamatkan penjaga gol Hong Kong.

Advertisements

Tiga masa tambahan yang diberi tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Malaysia berjaya peroleh kemenangan kedua dalam aksi persahabatan setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram