Pertembungan Malaysia vs Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air.
Skuad negara dibimbing kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti dan berdepan cabaran pasukan ke-147 dunia.
Rekod pertembungan memberikan kelebihan moral buat skuad kebangsaan selepas berjaya mengikat The Azkals sebanyak 4 kali sehingga tahun 2017.
Kemenangan kembali dicapai skuad negara apabila menewaskan Filipina 2-0 pada 23 Mac 2022 di Singapura untuk Tri Nation Tournament 2022. Menariknya, perlawanan tersebut juga perlawanan pertama Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya ketika itu.
Rekod 5 aksi terakhir menyaksikan skuad kebangsaan merekodkan satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan selain menjaringkan 7 gol dan dibolosi dengan 9 jaringan oleh lawan.
Filipina pula hanya mencatat satu kemenangan dan 4 kekalahan dalam 5 pertemuan terakhir termasuklah tunduk 2-0 kepada Indonesia pada aksi terakhir Jun lalu.
The Azkals hanya berjaya meledak tiga gol sementara dibolosi 12 gol oleh pihak lawan sekaligus memberikan tonik tambahan kepada skuad negara.
Aksi antara Harimau Malaya dan Filipina berlangsung pada 4 September 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).