Man Utd vs Man City: Offside Atau Tidak? Subkhiddin Ada Jawapannya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kemenangan 2-1 Man Utd ke atas musuh setempat Man City semalam diselubungi kontroversi ekoran gol penyamaan yang dijaringkan Bruno Fernandes. Ramai berpandangan gol tersebut tak patut dikira tetapi bekas pengadil negara Subkhiddin Mohd Salleh ada pandangan tersendiri.

Ini selepas beliau ditanya tentang insiden tersebut oleh seorang penyokong Man Utd di Twitter semalam.

Pada pandangan Subkhiddin yang juga Tenaga Pengajar Teknikal FIFA, gol pemain tengah United itu dikira oleh pengadil Stuart Attwell atas beberapa sebab.

Advertisements

“Red-10 (Marcus Rashford) perlu dihukum ofsaid hanya sekiranya beliau jelas menghalang Blue-25 (Manuel Akanji) daripada cuba mendapatkan bola.

“Dalam situasi ini, Blue-25 hanya bergerak untuk mendapatkan posisi terakhir sebagai pemain pertahanan. Pada masa yang sama, berharap rakannya yang lain (bek kanan Kyle Walker) dapat melakukan cabaran awal sebelum beliau bergerak untuk mengambil posisi.

“Mudah untuk menghukum ofsaid sekiranya Red-10 menyentuh bola [interfering with play] factual decision. Situasi di atas adalah sangat subjektif bergantung kepada pemahaman dan penerimaan peminat.

Advertisements

“Cuma berdasarkan Law-11 (IFAB), saya berpendapat pergerakan Red-10 sama sekali tidak memberikan impak kepada lawannya. Oleh itu beliau tidak perlu dihukum sebagai ‘interfering an opponent’,” katanya.

Menariknya, pandangan Subkhiddin sama dengan pandangan bekas pengadil EPL, Peter Walton bila ditanya tentang insiden semalam di BT Sport.

Malah, menurut Walton, jika gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid, VAR akan membatalkan keputusan asal pengadil dan mengiktiraf gol tersebut berpandukan Peraturan 11 IFAB.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram