Manchester United Ingin Bawa Masuk Christian Eriksen
Dunia
Marco Luzzani / Getty Images
Advertisements

Manchester United dikatakan telah membuat tawaran untuk menandatangani pemain Brentford, Christian Eriksen.

Eriksen, 30 diberikan peranan penting sebelum ini oleh Thomas Frank di Brentford FC. Eriksen berjaya beraksi cemerlang bersama Brentfort walaupun baru pulih daripada serangan jantung yang berlaku pada Euro 2020.

Brentford FC telah memenangi 7 daripada 11 perlawanan di mana Eriksen bermain. Impak daripada prestasi beliau telah berjaya menaikkan club tersebut kepada tangga ke-13 musim ini.

Advertisements

Pemain antarabangsa Denmark ini akan tamat kontraknya bersama Brentford FC pada 30 Jun. Selain Manchester United, Eriksen berkata beliau telah menerima banyak tawaran daripada kelab-kelab lain.

“Saya telah menerima tawaran dan pilihan yang berbeza. Jadi kami akan pertimbangkan dan membuat keputusan.”

“Saya mahu bermain dalam Liga Juara Juara sekali lagi akan tetapi ia tidak penting bagi saya.”

Advertisements

Apa yang menarik tentang Eriksen, beliau pernah bermain bersama pasukan Ajax di bawah kendalian Erik ten Hag sebelum masuk Brentford FC pada January lepas.

Jadi, sekiranya beliau menerima tawaran Manchester United, amatlah tidak asing dan mudah untuk beliau menyesuaikan diri.

Selain Paul Pogba, Juan Mata dan Edinson Cavani, Manchester United telah kehilangan 11 pemain utama pada hujung musim tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram