Manchester United Cuba Tiru PSG Dapatkan Bintang Secara Percuma
EPL
Advertisements

Manchester United kini dikaitkan dengan pemain tengah AS Monaco, Aurelien Tchouameni yang baru berusia 21 tahun namun berita itu disanggah Fabrizio Romano. Umum mengetahui bahawa Manchester United sedang mencari seorang pemain tengah sekiranya Paul Pogba tidak menanda tangani kontrak baharu.

Namun United sebenarnya sedang berkira-kira untuk membawa masuk beberapa pemain bintang pada musim hadapan setelah beberapa pemain dalam radar mereka boleh didapati dengan harga rendah atau secara percuma.

Erling Haaland adalah nama pertama yang bakal menjadi buruan United musim hadapan kerana Haaland mempunyai klausa perpindahan sebanyak €75m. Umur Cavani yang bakal menginjak 35 tahun musim hadapan menguatkan lagi keinginan United mendapatkan penyerang baharu.

Advertisements

Selain itu, United juga mempertimbangkan 2 pemain tengah, Eduardo Camavinga dan Leon Goretzka yang bakal bergelar ejen bebas pada musim hadapan.

Camavinga dilaporkan tidak ingin memperbaharui kontrak bersama Rennes bagi membolehkan beliau membuat keputusan dengan lebih bebas berkenaan pasukan mana beliau bakal sertai. Goretzka pula masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Bayern ketika ini.

Squad depth United dibahagian tengah musim ini juga masih belum kritikal memandangkan mereka mempunyai Paul Pogba, Fred, McTominay, Matic, Van De Beek dan Bruno Fernandes. Malah Juan Mata dan Lingard juga mampu bermain dibahagian tengah pasukan.

Advertisements

Jika perancangan United bernasib baik, kelab tersebut pastinya amat beruntung kerana berjaya mendapatkan Haaland dengan harga yang rendah malah turut berpeluang mendapatkan pemain tengah secara percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram