Manchester United Sedang Berusaha Menjual Harry Maguire
Dunia
Football Transfer
Advertisements

Baru-baru ini telah tular desas-desus yang menyatakan bahawa pasukan gergasi bola sepak dunia, Manchester United sedang dalam usaha untuk menjual kapten pasukan mereka iaitu Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas ini.

Perkara ini telah dikongsikan sebuah portal antarabangsa yang mendakwa pertahanan termahal dunia ini telah siap sedia untuk dilepaskan.

Akhbar dari luar negara iaitu Fichajes.net mendakwa pertahanan England itu adalah salah satu daripada lima pemain Manchester United yang bakal digugurkan.

Advertisements

Ekoran prestasi hambar yang ditampilkan Maguire di posisi bek tengah, ramai dalam kalangan peminat dan penyokong Manchester United yang mengharapkan ada individu lain yang bakal dipertaruhkan pada posisi pertahanan tengah tersebut.

Maguire yang menyertai The Red Devils dari Leicester City pada 2019, telah menghadapi musim yang sukar dan persembahannya banyak menimbulkan pelbagai kritikan negatif.

Bagaimanapun Harry Maguire masih diberi kepercayaan daripada pengendali England, Gareth Southgate, untuk melengkapkan skuad kebangsaan England.

Advertisements

Untuk rekod, pemain yang berusia 29 tahun ini telah membuat penampilan sebanyak 31 perlawanan bersama Manchester United sejak 2019. Beliau berjaya menjaringkan dua gol keseluruhannya buat pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram