Dunia
Getty Images
Advertisements

Manchester United dilaporkan tidak akan menawarkan sebarang kontrak lanjutan kepada 3 pemain mereka yang bakal bergelar ejen bebas pada hujung musim ini menurut Fabrizio Romano. Tiga pemain tersebut ialah Jesse Lingard, Edinson Cavani dan Juan Mata.

3 pemain tersebut dijangka tidak akan berada dalam perancangan baharu kelab walaupun ketika ini Manchester United masih belum mendapatkan pengurus baharu. Namun posisi Ralf Rangnick selaku pengurus interim serta kedudukan beliau pada masa akan datang selaku penasihat kelab telah memberi tanda bahawa 3 pemain tersebut bebas untuk meninggalkan kelab.

cavan Manchester United Sedia Lepaskan 3 Pemain Secara Percuma
Cavani

Jesse Lingard, 29 tahun masih gagal menjadi tunjang utama pasukan walaupun merupakan produk akademi United. Malah pada Januari lalu, Lingard hampir sahaja menyertai Newcastle United namun isu kecederaan menyebabkan United membatalkan perpindahan tersebut.

Advertisements

Edinson Cavani pula telah jelas memberitahu bahawa beliau mahu beraksi di Sepanyol dan tidak akan menyambung kontraknya yang bakal berakhir pada Jun ini. Penyerang berusia 35 tahun ini antara pemain penting walaupun kerap diturunkan sebagai supersub. Malah Cavani turut mempunyai hubungan istimewa bersama penyokong United yang membuatkan para penyokong The Red Devils berat hati untuk melihat penyerang Uruguay ini pergi.

Mata

Seorang lagi pemain ialah Juan Mata yang kini berusia 33 tahun. Juan Mata pernah menjadi pemain utama sewaktu dibawah kendalian Jose Mourinho namun usia beliau yang semakin meningkat menyebabkan Juan Mata kerap memanaskan bangku simpanan. Juan Mata masih lagi belum melakukan sebarang penampilan di Premier League bagi musim ini.

Selain 3 pemain tersebut, seorang lagi yang bakal bergelar ejen bebas pada penghujung musim ini ialah Paul Pogba namun tidak seperti 3 pemain tersebut, United masih bersedia untuk memberi kontrak lanjutan pada Pogba. Namun Pogba masih berteka-teki berkenaan masa hadapannya di Old Trafford.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram