Manchester United Mungkin Tak Jadi Jual Harry Maguire
Dunia
Sky Sports
Advertisements

Pasukan gergasi EPL, Manchester United berkemungkinan tidak akan melepaskan khidmat pertahanan tengah dan juga kapten pasukan, Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pertahanan berusia 29 tahun itu sedang dikritik hebat ketika ini susulan persembahan kurang memberangsangkannya selain kesilapan-kesilapan mudah yang telah menyebabkan pasukan The Red Devils kehilangan mata dengan mudah.

Oleh yang demikian, timbulnya ura-ura yang mengatakan bahawa beliau bakal dilepaskan bagi memberi ruang buat pemain baharu untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

Advertisements

Namun begitu, hal ini dilihat seperti tidak menjadi kenyataan buat para penyokong sejati Manchester United apabila jurulatih pasukan, Ralf Ragnick kelihatan berpuas hati dengan persembahan Maguire malam semalam.

Menurut jurulatih berusia 63 tahun itu, aksi yang ditampilkan oleh pertahanan kebangsaan England itu mendapat pujiannya sambil yakin aksi ini bakal berterusan oleh pemain ini.

’Harry merupakan seorang pemain yang sangat bernilai buat kami.’

Advertisements

‘Beliau merupakan seorang pemain yang sangat penting buat pasukan ini dan beliau ialah kapten kami.’

Sambil itu, beliau juga merasakan ia satu tindakan yang tidak adil untuk terus mengkritik pemain ini kerana setiap pemain yang turun sudah pasti mahu memberikan yang terbaik buat pasukan.

‘Harry beraksi dengan baik, dia mengharungi perlawanan yang sempurna hari ini daripada segi bertahan dan serangan. Ia adalah satu persembahan yang mantap daripadanya,’ -Katanya kepada Sky Sports.

Advertisements

Pemain tengah pasukan, Bruno Fernandes turut menyatakan sokongannya terhadap rakan sepasukannya itu kerana merasakan bahawa liputan meluas oleh media telah menyebabkan ejekan berlaku di Wembley.

‘Bukan mudah apabila penyokong negara sendiri mencemuh anda.’

‘Mungkin juga disebabkan media. Ia bukan soal prestasinya, dia beraksi dengan sangat baik. Kadang-kadang media perlu berfikir secara mendalam apabila mereka melakukan sesuatu.’

Advertisements

Keputusan seri itu menyaksikan pasukan bimbingan Rangnick itu juga gagal memenangi empat pertemuan terakhir liga dengan Leicester selepas tujuh kali cemerlang daripada lapan perlawanan terdahulu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram