Mano Polking Anggap Padang Vietnam Tak Seburuk Yang Disangka
Dunia
Changsuek
Advertisements

Ketua Jurulatih Thailand, Mano Polking menganggap padang Vietnam tidak seburuk yang disangka oleh ramai orang.

Sebelum ini, terdapat segelintir pemain dan penyokong yang mengkritik stadium Vietnam dengan kualiti buruk serta mampu menganggu permainan.

Stadium My Dinh, Vietnam menggunakan rumput spesis Bermuda ianya murah dan cepat tumbuh serta tahan panas dan kemarau.

Advertisements

Namun, kekurangannya adalah warna mudah bertukar kepada coklat, memerlukan cahaya matahari dan sangat sensitif dengan cuaca yang sejuk.

“Padang itu tidak berwarna Hijau, tidak cantik akan tetapi ianya bukan padang yang teruk,” kata Polking.

Jurulatih kelahiran Brazil itu tidak mahu jadikan alasan padang untuk anak buahnya tewas kepada Vietnam.

Advertisements

“Saya tak mahu jadikan padang sebagai alasan untuk kami tidak beraksi baik esok,” katanya dipetik daripada Main Stand.

Vietnam akan menerima kunjungan Thailand bagi aksi perlawanan akhir pertama esok malam dan perlawanan akhir kedua dijadualkan pada 16 Januari, jam 8:30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram