Mano Polking Berangan Thailand Menang Piala Asia
Dunia
IG changsuek
Advertisements

Selepas bergelar juara Piala AFF buat kali ketujuh dalam final edisi 2022, Thailand berada dalam kelas tersendiri. Tetapi bagi Mano Polking, beliau sudah mempunyai sasaran seterusnya: merebut kejuaraan Piala Asia.

Sekali pandang, ia kelihatan seperti misi mustahil buat skuad Gajah Perang. Apatah lagi, dengan lawan-lawan elit yang pernah beraksi di Piala Dunia seperti Korea Selatan, Jepun, Iran dan Arab Saudi.

Tetapi bagi jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu, itu saja cara untuk menolak bola sepak Thailand ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana selepas menjadi pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara, pastinya Negara Gajah Putih itu mahu menjadi sehebat seperti pasukan-pasukan yang dinyatakan.

Advertisements

“Kami selalu mahu menang, menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara. Tetapi kami mahukan lebih daripada itu.

“Contohnya, kami mahu meraih keputusan bagus dalam Piala Asia kerana dalam kejohanan tersebut, terdapat pasukan yang hebat.

“Kami akan berdepan lawan-lawan yang amat kuat seperti Jepun, Korea Selatan atau Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kami perlu bekerja keras dan menunjukkan lebih banyak kemajuan,” kata Polking.

Advertisements

Tetapi bagi merealisasikan misi sukar dan mustahil itu, Thailand memerlukan sokongan semua pihak termasuk Liga Thailand. Polking percaya jika itu dapat dilakukan, ia bakal memberi impak besar kepada skuad Gajah Perang.

“Sekiranya mahu beraksi di kejohanan dengan taraf yang lebih tinggi, liga domestik (Liga Thailand) harus mendapat sokongan yang lebih baik bagi membolehkan ia berkembang.

“Saya tidak boleh mencipta keajaiban. Tetapi sebagai jurulatih, saya komited membantu pemain meraih kemajuan dan menjadikan mereka pemain yang lebih baik,” tambahnya.

Advertisements

Piala Asia 2023 bakal diadakan di Qatar tetapi tarikh penganjurannya masih lagi belum didedahkan. Ada yang berspekulasi ia bakal diadakan pada akhir tahun 2023 seperti temasya Piala Dunia 2022 atau pada awal tahun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram