Manuel Ott Sertai Kedah Kerana Kepimpinan Nafuzi Zain
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain import dari Filipina, Manuel Ott tidak dinafikan antara pemain yang dianggap sebagai salah seorang tonggak kecemerlangan Terengganu sepanjang musim lalu.

Dia mempamer prestasi meyakinkan dan berjaya menambat hati penyokong dengan ramai yang mahu khidmatnya dikekalkan pihak pengurusan, namun pada akhirnya dia memilih untuk berhijrah ke Kedah.

Tanpa berselindung, Manuel Ott mengakui faktor utama dia angkat kaki dari Terengganu dan melebarkan karier ke utara tanah air adalah disebabkan Nafuzi Zain, yang telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru sang kenari.

Advertisements

“Tidak dinafikan yang saya datang ke Kedah kerana mahu terus bekerja dengan Nafuzi, saya sangat selesa dengan cara serta pendekatannya.

“Apa yang saya suka mengenai beliau adalah mengenai taktikal dan formasi yang digunakan,satu sistem yang memberikan banyak ruang untuk saya tunjukkan kemampuan saya.

“Jika diberikan tempoh yang bersesuaian, saya yakin bersama-sama beliau, Kedah mampu menamatkan penantian kejuaraan yang ditunggu oleh peminat-peminat.

Advertisements

“Namun, perlu diingat sebahagian besar pemain Kedah terdiri daripada muka-muka baharu dan sudah tentu, segalanya mengambil masa untuk kami serasi bersama serta memahami falsafah yang akan diterapkan Nafuzi

“Apa-apapun setakat ini saya sangat gembira berada di Kedah malah berasa sangat dialu-alukan oleh sebahagian besar peminat di sini,” kata Manuel Ott yang diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Melaka United pada 2021.

Pemain berdarah kacukan Jerman-Filipina berusia 31 tahun ini pada tahun lalu hanya terlepas dua aksi sahaja, bermain 32 perlawanan secara keseluruhan dan menjaringkan enam gol.

Advertisements

Selain Manuel Ott, import lain Kedah bagi musim 2023 adalah Manuel Hidalgo, Willian Lira Sousa, Bojan Ciger dan Amirbek Jurobaev manakala Alan Robertson akan bermain dalam Liga Simpanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram