Manuel Ott Akui Pernah Terfikir Miliki Pasport Malaysia
Dunia
Kelablegasikedah
Advertisements

Tonggak terbaru Kedah Darul Aman FC, Manuel Ott mengakui pernah terfikir mahu miliki pasport Malaysia kerana beliau sudah serasi dengan suasana kehidupan di negara ini dan mutu Liga Malaysia.

Pemain kelahiran Jerman itu memuji perkembangan Liga Malaysia yang semakin kehadapan dan mengikut peredaran bolasepak sejak beliau berkelana di negeri Melaka pada musim pertama.

Beliau yang kini di bawah bimbingan Nafuzi Zain ini bakal menjadi musim ketiga pemain berusia 31 tahun terus menyinar di Liga Malaysia selepas beraksi di Melaka United FC dan Terengganu FC.

Advertisements

“Bukan sahaja suasana kehidupan di sini tetapi mutu Liga Malaysia juga semakin kompetitif dari tahun ke tahun sejak saya bersama dari Melaka pada musim pertama,” ujarnya.

“Pemain-pemain muda juga berada di tahap semakin baik dan saya rasa ini sesuatu yang baik untuk bola sepak Malaysia secara khusus terutama dengan perkembangan ditunjukkan di Piala AFF.

“Ada kalanya saya pernah bergurau alangkah baiknya kalau memiliki pasport Malaysia kerana saya selesa dengan segala-galanya di sini,” katanya kepada MFL.

Advertisements

Manuel Ott memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak awalnya di Jerman sebelum beliau bermain bersama kelab-kelab di Filipina, Thailand dan Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram