Manuel Ott Menyesal, Tak Mahu Ulang Kesilapan Sama
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Semua maklum kekalahan 1-0 Kedah di tangan PDRM terjadi akibat dua insiden kad merah membabitkan kapten Manuel Ott dan jurulatih Nafuzi Zain. Susulan permohonan maaf Nafuzi kepada para penyokong, pemain dan pihak pengurusan hari ini, Ott yang menyesal berharap perkara tersebut tidak berulang.

Ott dibuang padang dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad lepas selepas menolak kepala pemain import The Cops, Fadi Awad. Ini membuka ruang kepada Bruno Suzuki menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan pelawat pada minit ke-74.

“Tempoh hari menentang PDRM memang perlawanan yang agak penuh dengan emosi tetapi akhirnya ia menjadi tanggungjawab kita untuk tetap fokus aksi seterusnya dan kita cuba untuk raih kemenangan lawan Penang nanti.

Advertisements

“Bagi saya, ini baru permulaan musim dan dengan pemain baharu, falsafah baharu sudah tentu ia bukan mudah dan kita sedang berusaha untuk memberikan segalanya di atas padang.

“Untuk Piala FA ini, ia tetap bukan mudah tidak kira dengan siapa pun kita lawan dan fokus kami adalah terhadap pasukan sendiri, jadi yang penting adalah kita tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama ketika lawan PDRM,” kata bekas pemain import Terengganu itu.

Dengan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Penang berlangsung esok, Ott berharap Kedah dapat bangkit menebus kehampaan pada Sabtu lepas. Ia sebagai ganjaran kepada para penyokong yang setia bersama mereka setiap kali beraksi sama ada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Advertisements

Tetapi dengan Penang sendiri mahu melakar keputusan positif selepas tewas 2-0 di tangan Kelantan, bekas pemain import Selangor itu sedar mereka bakal berdepan tugas sukar malam esok.

“Saya sentiasa katakan yang penyokong-penyokong di sini sentiasa hebat dan mereka sanggup datang ke stadium bukan untuk dikecewakan dengan kekalahan.

“Tetapi macam saya cakap, ini baru permulaan musim dan kami tetap tidak mengalah untuk meletakkan pasukan di tahap terbaik, jadi hari esok sudah tentu kita ingin memberikan kegembiraan kepada penyokong semua”, tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram