Mat Yo Bakal Sertai Harini FT
Dunia
MakanBola
NSTP
Advertisements

Bekas penyerang Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih kenali sebagai Mat Yo difahamkan sudah mencapai persetujuan untuk sertai kelab Liga M3, Harini FT.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan bahawa Mat Yo akan beraksi dibawah kendalian bekas jurulatih PJ City, P. Maniam.

Advertisements

Pada musim 2022, pemain berusia 36 tahun ini beraksi bersama Melaka United dan membuat penampilan sebanyak 12 perlawanan dan mencipta satu bantuan gol.

Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand ketika bersama kelab gergasi, BG Pathum United pada tahun 2020.

Norshahrul Idlan Talaha, pemain yang mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia menjadi taruhan Harini FT untuk terus memacu kelab ke peringkat tertinggi.

Advertisements

News Comments Account