Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kemenangan 2 gol tanpa balas di Stadium Nasional Bukit Jalil keatas Hong Kong semalam bukan sahaja berjaya meneruskan momentum positif untuk skuad Harimau Malaya, tetapi juga membolehkan kutipan mata FIFA ranking meningkat.

Skuad Kim Pang-gon yang turun berdepan Hong Kong yang menghuni kedudukan FIFA ranking 147, berjaya mencatat pertambahan 5.16 mata hasil kemenangan tersebut.

mata fifa ranking malaysia

Kutipan mata itu juga telah berjaya mengubah kedudukan FIFA ranking Malaysia ke tangga 153, naik 1 kedudukan berbanding sebelum ini. Mungkin ia bukan satu perubahan yang ketara tetapi mampu menjadi tonik penting bagi perlawanan seterusnya.

Advertisements

Peluang Tambah Lebih 30 Mata FIFA Ranking Untuk Malaysia!

Malaysia berpeluang untuk menambah lebih banyak mata FIFA ranking apabila memulakan kempen kelayakan akhir Piala Asia 2023 yang akan bermula pada 8 Jun 2022, dimana skuad Harimau Malaya akan turun berdepan Turkmenistan.

Sekiranya skuad Kim Pang-gon mampu mengatasi 2 pasukan yang berada dikedudukan FIFA ranking yang lebih tinggi (Turkmenistan dan Bahrain), kita akan memperolehi tambahan lebih 30 mata serta melonjakk sekitar 10 anak tangga lebih tinggi.

Apa sekalipun, sasaran utama adalah untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas kali terakhir Malaysia layak secara merit pada tahun 1980 iaitu kira-kira 42 tahun yang lalu.

Advertisements

Ayuh Harimau Malaya!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram