Matt Davies Beri Tanda Kelibatnya Bersama Harimau Malaya Pasti Dirindui
Dunia
Johor Darul Ta’zim
Advertisements

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies telah menampilkan aksi yang cukup cemerlang dalam perlawanan keempat saingan Liga Super 2022 yang melibatkan antara JDT dan pasukan Terengganu FC pada kelmarin.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan JDT berjaya mengutip tiga mata setelah menewaskan pasukan Terengganu.

Matt Davies yang turun dalam kesebelasan utama pasukan menjadi watak penting di bahagian benteng pertahanan JDT. Davies yang digandingkan bersama Carli De Murga dan Shawn Lowry beraksi dengan cukup meyakinkan, menyekat setiap hantaran dan lorongan daripada pemain Terengganu FC.

Advertisements

Prestasi semasa yang dipamerkan Matt Davies cukup membanggakan. Beliau beberapa kali berjaya mengekang asakan dan mengagalkan peluang pasukan lawan daripada menyumbat gol. Disiplin Davies ketika mengawal kubu JDT juga memperlihatkan bahawa beliau merupakan seorang pemain yang cukup berbakat dalam membaca permainan.

Tidak cukup dengan itu, Davies turut menjadi perancang utama buat JDT ketika menyerang dari bahagian kanan. Kerajinan beliau untuk turun dan naik ke atas, membantu Arif Aiman ketika menyerang menunjukkan konsistensi dan work-rate yang tinggi telah diberikan olehnya.

Keberadaan Matt Davies dalam pasukan telah memberikan banyak kelebihan buat skuad kendalian Benjamin Mora itu. JDT berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut apabila menewaskan Terengganu 2-1.

Advertisements

Khidmat pemain kacukan Malaysia/Australia ini dijangka bakal ditagih pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Rata-rata peminat bola sepak tempatan merindui dan mahukan kelibat Matt Davies dalam kem skuad kebangsaan bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia, Jun kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram