Matthew Davies Lengkapkan Penampilan Ke-100 Buat JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies merekodkan satu kejayaan bermakna buat pasukan apabila membuat penampilan ke-100 bersama pasukan.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun 2020 mengumpul kaps ke -100 ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 November 2023.

Ad
Advertisement

Rekod ini juga menjadikan beliau selaku pemain ke-20 yang berjaya membuat 100 penampilan bersama kelab.

Ad

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini menjadi tunjang utama buat skuad bimbingan Tano Solari selain mengukuhkan tempat sebagai pertahanan utama pasukan sejak beberapa musim.

Advertisement

Beliau juga menjadi tonggak utama bersama Malaysia sejak tahun 2015 terus menjadi sandaran utama buat pasukan dan juga kelab.

Kejayaan ini bertambah manis selepas JDT berjaya membenam The Bos Gaurus dengan keputusan 8-1 di laman sendiri untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2023.

Ad

JDT juga berada pada kedudukan terbaik untuk merekodkan trofi keempat musim ini selepas berjaya memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan juga Liga Super 2023.

Advertisement

Beliau dijangka akan terus menjadi sandaran utama pasukan bagi menghadapi tentangan Ulsan Hyundai pada 7 November ini.

19 pemain lain yang turut merekodkan 100 penampilan bersama JDT ialah Safiq Rahim, Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Hariss Harun, S.Kunanlan, Afiq Fazail, Corbin-Ong, Marcos Antonio, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, Fadhli Shas, Nazmi Faiz, Natxo Insa, Leandro Velazquez, Arif Aiman, Izham Tarmizi, Fazly Mazlan, Amri Yahyah dan Azrif Nasrulhaq.

Advertisement