Perubahan Matthiew Davies Ke Pertahanan Tengah Bakal Untungkan Pan-gon
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthiew Davies kini boleh dikatakan berada pada tahap terbaik apabila seringkali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau yang melengkapkan perpindahan ke pasukan Harimau Selatan daripada Sri Pahang pada tahun 2020 seringkali mendapat kepercayaan jurulatih pasukan, Benjamin Mora untuk berjuang demi lencana JDT.

Pemain yang mesra disapa Matt Davies ini umum dikenali sebagai seorang pertahanan kanan sejak mula menempa nama di persada Liga Super pada tahun 2015 bersama pasukan Pahang.

Advertisements

Namun begitu, kebolehan dan teknik yang dimiliki oleh pemain ini menjadikan beliau seorang pemain yang berkebolehan untuk beraksi di mana-mana posisi di bahagian pertahanan.

Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun ini pernah beraksi di posisi pertahanan kiri bersama Harimau Malaya ketika di bawah kendalian Tan Cheng Hoe ketika menentang Thailand.

Advertisements

Sungguhpun pada perlawanan tersebut, Matt beraksi pada separuh masa kedua disebabkan kecederaan yang dialami oleh rakan sepasukan, beliau kekal memperagakan aksi yang cukup konsisten.

Ketika ini, pemain kelahiran Australia ini bermain di bawah formasi berbeza yang diterapkan oleh Benjamin Mora. Beliau tidak lagi memainkan peranan di bahagian kanan pasukan sebaliknya bertindak selaku pemain pertahanan tengah.

Advertisements

Dalam sistem JDT yang bermain dengan 3 pertahanan tengah, beliau seringkali diletakkan sebagai pemain pertahanan tengah kanan dan bergandingan dengan nama-nama seperti Mauricio, Shane Lowry dan Shahrul Saad dan lain-lain.

Matt Davies kelihatan sangat ampuh apabila berjaya menyekat kemaraan pemain lawan terutamanya ketika menentang KL City dan juga Penang FC baru-baru ini.

Advertisements

Oleh yang demikian, beliau juga mampu untuk menjadi pilihan oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk diletakkan selaku pertahanan tengah bersama pasukan negara.

Walaupun nama-nama seperti Shahrul Saad, Dominic Tan, Irfan Zakaria sudah pun mula beraksi dengan lebih kerap, namun sudah pastinya Pan-gon mempunyai ramuan tersendiri untuk membentuk barisan terbaiknya.

Ini juga tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk melihat aksi Matt Davies di pertahanan tengah seandainya mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram