Ads
Media Korea Dakwa Kim Pan-gon Bakal Letak Jawatan Hari Ini
Harimau Malaya
FA Malaysia

Media Korea Selatan mendakwa bahawa Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bakal meninggalkan Harimau Malaya hari ini.

Advertisements

Pengendali berusia 55 tahun itu telah membimbing Malaysia sejak tahun 2022 dan membantu pelbagai kejayaan bersama skuad negara.

Advertisements

Namun begitu, beliau dikhabarkan bakal meninggalkan kerusi panas tersebut dan meletakkan jawatannya hari ini.

Advertisements
Advertisements

Bekas pengendali Hong Kong itu telah membantu skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Asia 2023 dan juga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Menerusi laporan Best Eleven iaitu salah sebuah Media Korea Selatan, Pan-gon dilaporkan bakal mengadakan sidang media berhubung peletakan jawatannya.

Advertisements

“Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya,” ujar media Korea Football News di laman X.

Advertisements

Malaysia telah merekodkan 20 kemenangan, 5 keputusan seri dan 10 kekalahan dalam tempoh dua tahun sejak dikendalikan oleh Kim Pan-gon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram