Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, media PSSI dilihat tidak mahu memasukkan video kekalahan Indonesia menentang Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Asia B-17 baru-baru ini di laman Youtube miliknya.
Perlawanan antara skuad kebangsaan B-17 menentang pasukan Indonesia yang berlangsung dengan cukup tegang sebelum Malaysia memperolehi kemenangan yang besar.
Hal ini juga disebabkan media PSSI ini dilihat memasukkan video kemenangan pasukan Indonesia sahaja di laman Youtube mereka sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Antara tiga video kemenangan yang dimasukkan di laman Youtube PSSI ialah ketika Indonesia membantai Guam dengan keputusan 14-0, Indonesia menundukkan Palestine dengan keputusan 2-0 dan Indonesia menewaskan UAE dengan keputusan 3-2.
Tiga kemenangan tersebut menjadikan pasukan Indonesia B-17 hanya memerlukan keputusan seri menentang Malaysia untuk menentukan kelayakan ke Piala Asia B-17 2023.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi apabila pasukan kebangsaan B-17 Indonesia telah dibelasah 1-5 oleh Malaysia sekaligus membuatkan Indonesia gagal untuk layak Piala Asia B-17 2023.