Media Terkenal Asia Kongsi Perancangan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Azri/ MakanBola
Advertisements

Masa depan jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon telah menjadi perhatian para penyokong bola sepak terutamanya di Asia Tenggara.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan desas-desus yang mengatakan Kim Pan-gon bersedia melepaskan jawatannya sebagai jurulatih lebih awal daripada kontrak asal yang berakhir penghujung 2025.

Namun begitu, Kim Pan-gon menidakkan berita tersebut dan mengakui bahawa misi beliau bersama skuad kebangsaan masih belum berakhir.

Advertisements

“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja,” ujar Pan-gon yang dipetik dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berita tersebut turut menjadi perhatian media terkenal Asia, Asean Football yang mengikuti rapat masa depan jurulatih dari Korea Selatan itu.

Advertisements

“Selepas media Malaysia menyiarkan bahawa Kim Pan Gon menulis surat kesediaan untuk menamatkan kontrak lebih awal kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), beliau menafikan perkara itu di laman Facebook FAM.

“Beliau dijangka terus menerajui Malaysia sehingga kontraknya tamat pada penghujung 2025,” kongsi Asean Football di laman X.

Advertisements

Kim Pan-gon ternyata mempunyai sasaran peribadi sendiri bersama Malaysia apabila mensasarkan untuk membawa Malaysia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram