Salah sebuah media terkemuka di United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa tonggak Man United, Ethan Wheatley berdarah Malaysia.
Spekulasi mengenai pemain yang dikatakan berdarah Malaysia ini sudah lama menjadi bualan hangat peminat di mesia sosial.
Hal ini susulan maklumat yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain kelahiran Stockport, England itu memiliki susur galur dengan Malaysia.
Sebelum ini, Ethan yang memiliki darah Selangor telah menarik perhatian salah satu media UK, The Sun memaklumkan bahawa beliau sememangnya berdarah tempatan.
“Dia telah pun mewakili England Bawah 17 dan memperoleh penampilan pertamanya menentang Poland beberapa tahun lalu.
Akan tetapi, peminat Three Lions tidak boleh teruja terlalu awal kerana dia kerap memaparkan bendera Malaysia pada siaran media sosialnya,” jelas kenyataan tersebut.
Pemain berusia 18 tahun ini ini sudah beberapa kali berada dalam skuad senior The Red Devils untuk membawa cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Beliau sebelum ini menjaringkan dua gol yang membantu pasukan merangkul Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) Bawah 18 tahun menentang Manchester City.
Terbaru, salah satu media terkemuka UK, Goal.com memaklumkan bahawa Ethan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
“Wheatley dilahirkan di bandar Stockport, Manchester, yang telah mendapat kemasyhuran dalam kalangan bola sepak akhir-akhir ini selepas menghasilkan bintang seperti Phil Foden dan Kobbie Mainoo.
“Beliau mempunyai warisan keluarga di Malaysia, tempat neneknya berasal, menjadikannya layak untuk dipilih untuk pasukan kebangsaan mereka, walaupun dia sudah mewakili England di peringkat Bawah-17,” ujar laman Goal.com.
Beliau sudah pun beberapa kali berada dalam skuad senior bagi aksi penghujung musim EPL.